Laman Blog Peribadi (UUM)
My Blog List
Sunday, 8 July 2018
Saturday, 7 July 2018
Thursday, 5 July 2018
11 Pulau Di Johor Yang Menarik | Mulakan
Pengembaraan Pulau Anda Di Sini
Mendambakan pengalaman
percutian yang tiada tara banding keindahannya? Percutian di pulau tropika
adalah jawapannya. Pemandangan dan ketenangan yang dapat dinikmati di dunia
yang jauh dari hiruk-pikuk kota ini sukar untuk diucapkan dengan kata-kata.
Cukup mendamaikan sehingga mampu melenyapkan segala masalah yang ada.
Kejernihan air di sekitar pantai pulau-pulau ini menghidangkan anda dengan
panorama hidupan marin yang tidak mungkin dapat dilihat di tempat lain.
Sediakan kamera kalis air
dan skills menyelam skuba anda untuk sebuah eksplorasi alam yang bakal
dinikmati di pulau-pulau indah sekitar Johor ini. Dimanakah pulau dengan keindahan
melampau ini? Teruskan membaca senarai 11 Pulau di Johor yang menarik untuk
percutian pulau yang luarbiasa.
11. Pulau Mensirip

Jika anda tercari pulau yang dapat
memberikan anda ‘feeling’ seperti di dalam filem Cast Away, terdampar di pulau
yang tiada sebarang struktur binaan dan sunyi dari penghuni, Pulau Mensirip
adalah salah satunya.
Dalam masa yang sama,
keindahan air di sekitarnya yang jernih dan kaya dengan hidupan marin
menjadikan ia lokasi kegemaran kaki snorkeling dan menyelam skuba. Sepertimana
Pulau Rawa, Pulau Mensirip juga dilitupi oleh hutan tebal.
Bagaimana sekalipun cuaca
sewaktu anda di pulau ini, satu-satunya tempat untuk anda berlindung adalah di
bawah pokok-pokok ini. Nak selamat? Lihat ramalan cuaca dulu ya? Apa-apa pun,
sebelum ke sini, pastikan anda mendapatkan kebenaran terlebih dahulu kerana
pulau ini adalah salah satu daripada pulau persendirian.
Alamat: Pulau Mensirip, Mersing
10. Pulau Tengah

15 km dari Jeti Mersing terletaknya sebuah pulau iaitu Pulau
Tengah yang jika boleh menulis diarinya sendiri, pasti banyak cerita menarik
yang ingin disampaikan. Salah satunya adalah kerana ia pernah dijadikan tempat
perlindungan pelarian Vietnam pada tahun 1970-an, dan pada tahun 1980-an pula,
pulau ini ditutup. Selain itu, Pulau Tengah juga pernah dijadikan lokasi
penggambaran rancangan televisyen, Expedition Robinson.
Selai itu, dek kerana
keindahan terumbu karang dan kepelbagaian hidupan marin di dasar laut yang
mengelilinginya, pulau ini telah digazetkan sebagai Taman Laut. Di samping itu,
bentuk geografi pulau ini yang berbatuan menambahkan lagi pesona eksotiknya
untuk anda bergambar dengan sepuas hati. Rancanglah aktiviti anda di pulau ini,
anda pasti tidak dapat melupakan keindahannya.
Alamat: Pulau Tengah ,Mersing
9.
Pulau Besar (Pulau Babi Besar)

Pulau Besar dahulunya digelar Pulau Babi
Besar kerana dikatakan pada waktu itu terdapat banyak babi hutan yang
berkeliaran, namun jangan risau, kerana sekarang babi ini telah menghilangkan
diri. Kini, anda dapat menikmati keindahannya dengan penuh ketenangan.
Anda boleh berkelah dan
bersantai sambil menikmati pemandangan pantai yang berpasir putih bersih ini.
Setelah puas berjemur, jangan melepaskan peluang untuk menyelam skuba
kerana dasar lautnya cukup memukau dengan hidupan marin dan batu karang
yang penuh warna-warni.
Segalanya dapat dilihat
dengan jelas melalui air laut yang jernih. Anda juga boleh merancang untuk
menerokai kawasan kampung yang terdapat di pulau ini untuk membuka mata anda
tentang kehidupan masyarakat di pulau.
Alamat: Pulau Babi Besar, Mersing
8.
Pulau Tinggi

Masa yang diambil untuk sampai ke Pulau
Tinggi adalah 30 minit perjalanan bot dari Jeti Tanjung Leman. Kalau anda nak
tahu, pulau ini menempatkan gunung yang tertinggi jika dibezakan dengan gunung
yang terdapat di pulau-pulau di sekitarnya.
Yang menariknya, gunung ini
juga kelihatan seperti topi bila dipandang sekali, sehingga ia pernah
diberi gelaran sebagai Pulau Topi Jeneral oleh pelayar China ratusan tahun yang
lalu. Gunung ini adalah Gunung Semadu yang berketinggian sekitar 2000 kaki dari
paras laut.
Kekayaan hidupan marin di
dalam air laut biru yang mengelilingi pulau ini menjadikan Pulau Tinggi sebagai
salah satu lokasi yang terkenal dalam kalangan penyelam. Anda juga tidak patut
melepaskan peluang untuk berjungle trekking di pulau ini untuk menuju ke
kawasan air terjun dan kolam kecil yang indah. Masa yang diambil untuk ke sana
adalah dalam sekitar 35 ke 40 minit.
Alamat: Pulau Tinggi, Mersing
7. Pulau Sibu

Sama juga seperti Pulau Tinggi, Pulau
Sibu hanya boleh diakses dari Jeti Tanjung Leman. Sampai sahaja di pulau ini,
anda akan terasa seperti berada di dalam sebuah syurga indah dengan udara
segar, dan pantai yang cukup mengujakan keindahannya.
Mungkin anda ingin memulakan
aktiviti di pulau ini dengan hanya bersantai di pantai berpasir putih ini untuk
menikmati pemandangan sepuas hati, setelah itu, anda boleh merancang untuk
melakukan banyak aktiviti air lain yang boleh diatur dengan pihak resort yang
terdapat di sini sama ada banana-boating, bola pantai, menaiki jet-ski,
menyelam skuba dan sebagainya.
Walaupun hanyalah sebuah
pulau yang kecil pulau ini memiliki 4 buah pantai di bahagian timurnya.
Manakala, selatan pantai pula adalah spot yang terbaik untuk anda menyelam
menikmati fauna lautan kerana terlindung dari tiupan angin.
Pulau Sibu boleh dikatakan
antara pulau yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan namun masih
mengekalkan ketenangan flora dan faunanya.
Alamat: Pulau Sibu, Mersing
6.
Pulau Pemanggil

Untuk menuju ke Pulau Pemanggil yang
terletak 45 km dari Mersing ini, anda dapat menikmati perjalanan bot selama 4
ke 5 jam. Perjalanan panjang untuk ke pulau kecil ini terasa sungguh terbayar
kerana mampu memenuhi impian percutian anda. Berpasir putih keemasan, dasar
laut dengan batu karang yang memakau pandangan dan hidupan laut yang pelbagai
membuatkan anda tertanya-tanya sama ada di dalam dunia sebenar atau mimpi.
Untuk pengetahuan anda, Pulau Pemanggil juga adalah salah satu hotspot yang
memiliki banyak lubuk rahsia. Rahsia apa? Sebenarnya di sekitar Pulau Pemanggil
ini anda boleh memancing untuk membawa hasil tangkapan yang pasti membuatkan
anda tersenyum lebar.
Antara hasil tangkapan yang
boleh anda dapati di sini adalah barakuda, kerisi, tongkol, tambak, kerapu,
asoh, tarap, kaci dan sebagainya. Bagi anda yang teringin makan sotong pula,
musim mencandat sotong adalah dari pertengahan bulan Ogos hinggalah ke akhir
September. Pergh! Nikmatnya bila makan hasil laut segar di tepi pantai yang
indah sambil menikmati air kelapa. Keseronokan yang sukar diungkapkan.
Alamat: Pulau Pemanggil, Mersing
5.
Pulau Dayang

Bukan Pulau Dayang di Langkawi ke?
Jangan tak tahu, di Johor pun ada Pulau Dayangnya. Walaupun memiliki kawasan
pantai yang sungguh mengasyikkan keindahannya, Pulau Dayang ini agak tenang
tanpa pelancong yang datang berbondong. Mungkin kerana kedudukannya yang agak
jauh dari jeti, kerana masa yang diambil untuk sampai ke sini adalah dalam
sekitar 5 jam.
Pulau yang penuh privasi ini
juga cukup sesuai bagi anda yang baru ingin berjinak dalam dunia menyelam,
kerana di sini anda boleh mendapatkan kursus menyelam daripada mereka yang
sudah berpengalaman.
Dah pandai menyelam barulah
syok nak melawat banyak lagi pulau yang lain. Pada waktu malam pula, anda boleh
berbaring di pasir pantai sambil menikmati pemandangan bintang berkelipan yang
cukup jelas.
Alamat: Pulau Dayang, Mersing
4. Pulau
Aur

Sepertimana pulau-pulau di sekitarnya,
Pulau Aur juga tidak kurang hebat keindahan panorama dalam laut birunya. Kaya
dengan pelbagai spesies hidupan laut dan batu karang yang berwarna-warni, Pulau
Aur adalah antara lokasi terbaik bagi para penyelam dan bagi mereka yang ingin
bersnorkeling.
Syurga tropika ini juga menjadi
tempat persinggahan ramai nelayan oleh kerana kekayaan hasil lautnya. Mungkin
anda juga boleh mencuba? Dapatlah makan hasil laut yang segar hasil tangan
sendiri sambil menikmati pemandangan mengasyikkan.
Bagi anda yang berniat untuk
menyelam skuba di dalam lautan indah sekitar Pulau Aur ini, dicadangkan untuk
datang antara bulan April – Oktober kerana kejernihan air pada waktu itu cukup
baik.
Alamat: Pulau Aur, Mersing
3.
Pulau Kukup

Pulau yang berkeluasan 800 ekar ini,
Pulau Kukup, memiliki kawasan paya bakau yang berkeluasan 647 hektar menjadikan
ia paya bakau yang terbesar di Malaysia. Pulau ini menjadi tempat pembiakan
banyak hidupan seperti ketam, udang, pelbagai jenis ikan unik dan macam-macam
lagi.
Diisyhtiharkan sebagai Tanah
Lembap Berkepentingan Antarabangsa, Pulau Kukup dapat membuka mata anda
mengenai ekosistem yang wujud di dalam alam semula jadi paya bakau dan hutan
yang terjaga.
Salah satu aktiviti yang
boleh dilakukan di sini adalah menaiki jambatan gantung berkepanjangan 600
meter yang digelar Arboretum untuk menerokai kawasan paya bakau. Anda dapat
melihat kehadiran pelbagai jenis hidupan air sambil menikmati udara yang
melapangkan dada. Jangan lupa juga untuk bergambar dengan pokok bakau minyak
yang terbesar di Semenanjung Malaysia yang terdapat di sini.
Aktiviti lain yang tidak
patut dilepaskan di sini adalah menaiki bot untuk menyelusuri sungai-sungai
sambil melihat kehadiran burung yang banyak berterbangan di awan.
Alamat: Lot 139, Mukim, Air Masin, 82300 Kukup,
Pontian
2.
Pulau Harimau

Pulau Harimau? Macam seram sahaja
bunyinya. Bertenang! Pulau ini diberikan nama Pulau Harimau kerana bentuknya
yang kelihatan seperti harimau jika dilihat dari sudut pandangan burung yang
berterbangan di angkasa dan bukan kerana kehadiran harimaunya.
Pulau yang hanya boleh
diakses dari Jeti Mersing ini adalah syurga bagi para penyelam kerana airnya
yang jernih bak kristal. Betapa jernihnya air di pulau ini sehinggakan anda
dapat melihat panorama dalam laut dengan hanya berdiri di tepian pantai.
Banyak sekali ikan-ikan
comel dan batu karang pelbagai warna yang boleh dilihat di sekitarnya sehingga
membuatkan anda terasa seperti ingin tinggal di sini lebih lama dari
sepatutnya. Tapi sedihnya, tiada sebarang penginapan di pulau ini kerana ia
merupakan salah satu pulau persendirian. Penginapan terdekat dengan pulau ini
adalah di Pulau Rawa.
Alamat: Pulau Harimau, Mersing
1.
Pulau Rawa

Pulau Rawa, sebuah pulau di Johor yang
sungguh indah dengan pantai berpasir putih bersih dan dasar laut yang
mempesonakan. Anda dapat menikmati panorama indah hidupan marin yang terdapat
di dasar laut serta batu karang dengan bersnorkeling di pantai jernih kebiruan
ini. Keindahan Pulau Rawa turut ditambah dengan kehijauan kawasan daratnya yang
tebal dilitupi hutan.
Oleh sebab itu, cara yang
terbaik untuk anda menikmati keindahan pulau ini adalah dengan berkanu di
sekitarnya pada hari laut tenang.
Cara lain untuk menikmati
keindahannya adalah dengan bertrekking di timur pulau ini. Kenapa di bahagian
timur? Kerana di sini disediakan 270 anak tangga untuk memudahkan anda menuju
ke puncak pulau ini. Kepenatan yang dirasa sewaktu mendaki akan hilang sebaik
melihat pemandangan yang terbentang terutama sekali sewaktu matahari terbenam.
Alamat: Pulau Rawa, Mersing
Senarai pusat membeli belah di Johor ini adalah untuk rujukan kepada anda yang
ingin melancong ke Negeri Johor.
Selain dari kepelbagaian tarikan pelancongan, disini juga terdapat pusat
membeli belah yang menjadi tumpuan kalangan warga tempatan dan warga Singapura
untuk membeli belah.
Jika anda melancong ke Johor Darul
Takzim, rasa tak lengkap sekiranya anda tidak singgah sebentar di pusat
membeli belah yang ada di negeri ini. Jangan lupa bawa balik
cenderahati atau buah tangan untuk diberikan kepada rakan-rakan atau ahli
keluarga anda.
9 Pusat Membeli Belah Di Johor Sering
Dikunjungi
Dibawah adalah 9 pusat
membeli belah di Johor yang sering dikunjungi oleh masyarakat tempatan
dan juga pelancong dari luar. Rata-rata pusat membeli belah ini sesak
terutamanya pada hari cuti dan waktu perayaan untuk membeli belah dan makan.
Semoga dengan senarai pusat
membeli belah di Johor di bawah ini dapat memberi anda idea untuk
cuci cuci mata, lepak-lepak dan mencari sesuatu yang berkenan di hati kalau
anda bercuti ke Johor kelak.
1. Johor Premium Outlets

Johor Premium Outlets atau lebih dikenali sebagai JPO ialah tempat
membeli-belah yang mesti dikunjungi jika bercuti ke Johor Bahru. Ia adalah
cawangan Premium Outlets yang pertama di Malaysia.
Kepada pengunjung yang belum pernah
ke sana, Johor Premium Outlets ialah tempat membeli-belah yang menjual berbagai
barangan berjenama dari luar negara dan harga di sini juga sangat berpatutan.
2. City Square JB

City Square JB merupakan sebuah shopping mall yang moden dan
menempatkan pelbagai shoplot yang menjual pelbagai barangan dalam pelbagai
kategori. Terdapat juga foodcourt di sini yang sering menjadi pilihan warga
kota untuk makan-makan.
Shopping mall ini seringkali menjadi
tumpuan orang muda dan warga kota JB terumatanya pada hari minggu dan cuti umum
untuk bersantai dan membeli belah kerana terletak di tengah-tengah pusat bandar
Johor Bahru.
3. Komtar JBCC Shopping Complex

Komtar JBCC Shopping Complex bersebelahan dengan banggunan Komtar yang
dibuka pada November 2014 ini merupakan shopping mall atau plaza yang besar dan
menempatkan banyak lot kedai dan foodcourt yang best.
Pelbagai barang berjenama dari dalam
negara dan luar negara pun ada ditawarkan disini. Pilihan restoran di pusat
membeli belah ini juga menyediakan pelbagai makanan tradisional Johor yang
boleh dicuba.
4. Bazaar Johor (Bazaar Karat)

Bazaar Johor atau Bazaar Karat merupakan sebuah pasar
malam di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru yang menjual pelbagai barangan
seperti pakaian, barangan antik, kasut, stokin, tali pinggang dan macam-macam
lagi.
Satu tempat menarik di Johor Bahru
yang sangat meriah pada waktu malam terutamanya di hujung minggu. Disini juga
terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai jenis makanan. Memang sesuai untuk
bersantai berborak bersama teman.
5. AEON Tebrau City

AEON Tebrau City yang terletak di Taman Desa Tebrau ini
merupakan pusat membeli-belah kedua terbesar selepas KSL City. AEON Tebrau City
juga terletak di pusat bandaraya dan ia mempunyai 3 tingkat pusat membeli-belah
yang merangkumi pelbagai outlet antarabangsa.
Pusat membeli belah ini menawarkan
pelbagai jenis barangan dan panggung wayang yang menjadi pilihan warga tempatan
untuk membeli belah dan bersantai. Ia dibuka dari pukul 9.30 pagi hingga 11.00
malam.
6. Angsana Johor Bahru Mall

Angsana Johor Bahru Mall yang terletak di Tampoi, Johor Bahru ini
dahulunya dikenali sebagai Plaza Angsana dan telah diubah kepada nama sekarang
bermula pada tahun 2014.
Pusat membeli belah ini merupakan
antara pusat membeli belah yang terawal ada pada di JB. Disini juga terdapat pelbagai
jenis barangan tempatan dan antarabangsa yang ditawarkan kepada pengunjung.
7. The Zon Stulang JB

The Zone Stulang JB yang terletak di Stulang ini sebuah pusat
perniagaan pelbagai kegunaan milik Naluri Corporation Bhd di Stulang yang
terkenal kerana berstatus bebas cukai.
Pusat membeli belah ini terdiri
daripada bangunan lima tingkat yang menyediakan medan beli-belah termasuk butik
pakaian, kedai barang keperluan, restoran, dan kedai-kedai bebas cukai yang
menjual barangan-barangan bermutu tinggi termasuk coklat, arak dan hasil
tembakau, kepada pelanggan yang layak khususnya pelancong.
8. Skudai Parade

Skudai Parade yang terletak di Skudai, Johor ini memang
tumpuan dikalangan warga tempatan dan pelajar dari UTM. Pusat membeli belah ini
menawarkan pelbagai jenis barangan dari pakaian, barangan keperluan dan banyak
lagi.
Disini juga ada menyediakan pusat
hiburan seperti panggung wayang, bowling dan karaoke yang sentiasa menjadi tumpuan
pengunjung terumatanya pada hari minggu dan cuti umum.
9. AEON Bukit Indah Johor Bahru

Jusco AEON Taman Bukit Indah ini hanya terletak 5 minit perjalanan
dari Legoland Malaysia dan merupakan antara shopping kompleks terbesar di Johor
Bahru serta yang paling hampir dengan Legoland Malaysia.
Pusat membeli belah ini sering
dikunjungi penduduk sekitar Johor Bahru dan juga popular di kalangan pengunjung
dari Singapura kerana jaraknya yang cuma 25 minit dari Tuas di Singapura.
Jadi memang tak hairan, jika di waktu
hujung minggu banyak kereta-kereta yang mempunyai plat pendafataran Singapura
kelihatan di sini. Bukan sahaja kereta-kereta berplat Singapore, bas-bas
pelancong dari Singapore juga dilihat banyak menurunkan pelancong-pelancong di
sini.
___
Selain daripada 9 pusat membeli
belah di Johor yang menjadi tumpuan seperti diatas ada banyak lagi
pusat membeli belah lain yang mungkin anda boleh cuba kunjungi. Antaranya
adalah KSL City Mall, The LakeFront @ Southkey, Sutera Mall, Perling Mall,
Galleria @ Kotaraya, SouthKey Megamall dan banyak lagi.
Tak sah kalau pergi ke Negeri Johor
kalau tidak membeli belah. Lagi-lagi jika pulang dengan tangan kosong
tanpa buah
tangan. Semoga dengan senarai 9 tempat pusat membeli belah
di Johor diatas dapat membantu anda merancang percutian di Negeri
Johor pada masa akan datang.
Jika anda ada pusat membeli
belah di Johor lain yang ingin dikongsikan kepada kami, sila komen
dibawah. Jangan lupa like CutiSini.com di Facebook, jadi anda akan
terus-menerus dapat membaca artikel cuti-cuti Malaysia seperti ini. Terima
kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Featured post
http://www.irfankhairi.com/blog/
-
Pusat Membeli Belah Di Johor Sering Dikunjungi Senarai pusat membeli belah di Johor ini adalah untuk rujukan kepada anda yang ingin m...
-
Kanak Kanak Pintar Cerdas Dan Pendekatan Mengajar 1. KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS TUGASAN Dengan merujuk kepada internet dan bahan ...