My Blog List

Wednesday, 4 July 2018

Video Lawatan ke Ho Chi Minh, Vietnam



PROGRAM PENGEMBANGAN MINDA DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE HO CHI MINH, CITY VIETNAM







Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada rombongan mengenai budaya masyarakat di Ho Chi Minh, Vietnam terutama dalam aspek budaya kerja, pembangunan setempat selain mempromosikan Universiti Utara Malaysia ke peringkat antarabangsa dan untuk mengeratkan hubungan antara ahli-ahli. Rombongan ini telah diketuai oleh Yang Dipertua, dan ditanggung sendiri oleh pelajar.
Antara tempat yang dilawati ialah Sungai Mekong dan sekitar pusat Bandar Ho Chi Minh City. Impak dari program ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan tentang sejarah dan kebudayaan Negara Vietnam di samping meningkatkan lagi semangat kerja berpasukan.


Lawatan ke Delta Mekong

Peserta rombongan juga telah dibawa ke Bandar My Tho yang mengambil masa dua jam perjalanan dari Bandar Ho Chi Minh. Dari Jeti My Tho, peserta dibawa pula ke Pulau Thoi Son dengan menaiki bot untuk melawat ladang lebah dan bengkel pembuatan gula-gula kelapa. Para peserta ditunjukkan kaedah pembuatan gula-gula tersebut dan kemudiannya dihiburkan dengan nyanyian tradisional oleh penduduk Vietnam di pulau tersebut sambil dihidang dengan buah-buahan tempatan yang lazat. Tambah menarik apabila peserta dikejutkan dengan lagu popular Sabah iaitu Anak Kampung antara lagu yang didendangkan oleh penyanyi.
Penduduk di Vietnam seramai 90 juta orang dan hanya 2% sahaja yang beragama Islam, namun perkembangan restoran halal di Ho Chi Minh agak mengkagumkan. Peserta juga agak kagum walaupun hanya 2% penduduk Islam di Vietnam namun industri jualan kain, baju kurung, jubah, tudung dan telekung terutamanya di Saigon sungguh luar biasa dan amat mengkagumkan dengan harga yang amat berpatutan.
Makanan yang disajikan di setiap restoran pula amat sedap dan berbaloi, walaupun masih menghidangkan makanan Malaysia namun pada malam terakhir peserta dihidangkan dengan menu Vietnam yang tidak kurang enaknya. Semoga lawatan ini telah memberi pendedahan kepada ahli yang turut serta mengenai budaya dan kehidupan di Vietnam. Yang lebih penting juga, ikatan silaturahim di antara peserta ditingkatkan.

No comments:

Post a Comment

Featured post

http://www.irfankhairi.com/blog/