Senarai pusat membeli belah di Johor ini adalah untuk rujukan kepada anda yang
ingin melancong ke Negeri Johor.
Selain dari kepelbagaian tarikan pelancongan, disini juga terdapat pusat
membeli belah yang menjadi tumpuan kalangan warga tempatan dan warga Singapura
untuk membeli belah.
Jika anda melancong ke Johor Darul
Takzim, rasa tak lengkap sekiranya anda tidak singgah sebentar di pusat
membeli belah yang ada di negeri ini. Jangan lupa bawa balik
cenderahati atau buah tangan untuk diberikan kepada rakan-rakan atau ahli
keluarga anda.
9 Pusat Membeli Belah Di Johor Sering
Dikunjungi
Dibawah adalah 9 pusat
membeli belah di Johor yang sering dikunjungi oleh masyarakat tempatan
dan juga pelancong dari luar. Rata-rata pusat membeli belah ini sesak
terutamanya pada hari cuti dan waktu perayaan untuk membeli belah dan makan.
Semoga dengan senarai pusat
membeli belah di Johor di bawah ini dapat memberi anda idea untuk
cuci cuci mata, lepak-lepak dan mencari sesuatu yang berkenan di hati kalau
anda bercuti ke Johor kelak.
1. Johor Premium Outlets

Johor Premium Outlets atau lebih dikenali sebagai JPO ialah tempat
membeli-belah yang mesti dikunjungi jika bercuti ke Johor Bahru. Ia adalah
cawangan Premium Outlets yang pertama di Malaysia.
Kepada pengunjung yang belum pernah
ke sana, Johor Premium Outlets ialah tempat membeli-belah yang menjual berbagai
barangan berjenama dari luar negara dan harga di sini juga sangat berpatutan.
2. City Square JB

City Square JB merupakan sebuah shopping mall yang moden dan
menempatkan pelbagai shoplot yang menjual pelbagai barangan dalam pelbagai
kategori. Terdapat juga foodcourt di sini yang sering menjadi pilihan warga
kota untuk makan-makan.
Shopping mall ini seringkali menjadi
tumpuan orang muda dan warga kota JB terumatanya pada hari minggu dan cuti umum
untuk bersantai dan membeli belah kerana terletak di tengah-tengah pusat bandar
Johor Bahru.
3. Komtar JBCC Shopping Complex

Komtar JBCC Shopping Complex bersebelahan dengan banggunan Komtar yang
dibuka pada November 2014 ini merupakan shopping mall atau plaza yang besar dan
menempatkan banyak lot kedai dan foodcourt yang best.
Pelbagai barang berjenama dari dalam
negara dan luar negara pun ada ditawarkan disini. Pilihan restoran di pusat
membeli belah ini juga menyediakan pelbagai makanan tradisional Johor yang
boleh dicuba.
4. Bazaar Johor (Bazaar Karat)

Bazaar Johor atau Bazaar Karat merupakan sebuah pasar
malam di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru yang menjual pelbagai barangan
seperti pakaian, barangan antik, kasut, stokin, tali pinggang dan macam-macam
lagi.
Satu tempat menarik di Johor Bahru
yang sangat meriah pada waktu malam terutamanya di hujung minggu. Disini juga
terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai jenis makanan. Memang sesuai untuk
bersantai berborak bersama teman.
5. AEON Tebrau City

AEON Tebrau City yang terletak di Taman Desa Tebrau ini
merupakan pusat membeli-belah kedua terbesar selepas KSL City. AEON Tebrau City
juga terletak di pusat bandaraya dan ia mempunyai 3 tingkat pusat membeli-belah
yang merangkumi pelbagai outlet antarabangsa.
Pusat membeli belah ini menawarkan
pelbagai jenis barangan dan panggung wayang yang menjadi pilihan warga tempatan
untuk membeli belah dan bersantai. Ia dibuka dari pukul 9.30 pagi hingga 11.00
malam.
6. Angsana Johor Bahru Mall

Angsana Johor Bahru Mall yang terletak di Tampoi, Johor Bahru ini
dahulunya dikenali sebagai Plaza Angsana dan telah diubah kepada nama sekarang
bermula pada tahun 2014.
Pusat membeli belah ini merupakan
antara pusat membeli belah yang terawal ada pada di JB. Disini juga terdapat pelbagai
jenis barangan tempatan dan antarabangsa yang ditawarkan kepada pengunjung.
7. The Zon Stulang JB

The Zone Stulang JB yang terletak di Stulang ini sebuah pusat
perniagaan pelbagai kegunaan milik Naluri Corporation Bhd di Stulang yang
terkenal kerana berstatus bebas cukai.
Pusat membeli belah ini terdiri
daripada bangunan lima tingkat yang menyediakan medan beli-belah termasuk butik
pakaian, kedai barang keperluan, restoran, dan kedai-kedai bebas cukai yang
menjual barangan-barangan bermutu tinggi termasuk coklat, arak dan hasil
tembakau, kepada pelanggan yang layak khususnya pelancong.
8. Skudai Parade

Skudai Parade yang terletak di Skudai, Johor ini memang
tumpuan dikalangan warga tempatan dan pelajar dari UTM. Pusat membeli belah ini
menawarkan pelbagai jenis barangan dari pakaian, barangan keperluan dan banyak
lagi.
Disini juga ada menyediakan pusat
hiburan seperti panggung wayang, bowling dan karaoke yang sentiasa menjadi tumpuan
pengunjung terumatanya pada hari minggu dan cuti umum.
9. AEON Bukit Indah Johor Bahru

Jusco AEON Taman Bukit Indah ini hanya terletak 5 minit perjalanan
dari Legoland Malaysia dan merupakan antara shopping kompleks terbesar di Johor
Bahru serta yang paling hampir dengan Legoland Malaysia.
Pusat membeli belah ini sering
dikunjungi penduduk sekitar Johor Bahru dan juga popular di kalangan pengunjung
dari Singapura kerana jaraknya yang cuma 25 minit dari Tuas di Singapura.
Jadi memang tak hairan, jika di waktu
hujung minggu banyak kereta-kereta yang mempunyai plat pendafataran Singapura
kelihatan di sini. Bukan sahaja kereta-kereta berplat Singapore, bas-bas
pelancong dari Singapore juga dilihat banyak menurunkan pelancong-pelancong di
sini.
___
Selain daripada 9 pusat membeli
belah di Johor yang menjadi tumpuan seperti diatas ada banyak lagi
pusat membeli belah lain yang mungkin anda boleh cuba kunjungi. Antaranya
adalah KSL City Mall, The LakeFront @ Southkey, Sutera Mall, Perling Mall,
Galleria @ Kotaraya, SouthKey Megamall dan banyak lagi.
Tak sah kalau pergi ke Negeri Johor
kalau tidak membeli belah. Lagi-lagi jika pulang dengan tangan kosong
tanpa buah
tangan. Semoga dengan senarai 9 tempat pusat membeli belah
di Johor diatas dapat membantu anda merancang percutian di Negeri
Johor pada masa akan datang.
Jika anda ada pusat membeli
belah di Johor lain yang ingin dikongsikan kepada kami, sila komen
dibawah. Jangan lupa like CutiSini.com di Facebook, jadi anda akan
terus-menerus dapat membaca artikel cuti-cuti Malaysia seperti ini. Terima
kasih.
No comments:
Post a Comment